Hari ini Dalam Sejarah, Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak asalnya sebuah bangunan kayu beratap nipah yang menampung 30 pelajar lelaki, dikenali dengan nama Sekolah Melayu Bandar Tangkak. Pada tahun 1936 didirikan sebuah bangunan baru 2 tingkat separuh kekal dikenali sebagai Sekolah Umum Bandar Tangkak. Pada tahun 1942 tentera jepun menggunakan sekolah ini sebagai markasnya.
Semasa zaman darurat 1948, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, murid perempuan menumpang ditingkat atas manakala murid lelaki ditingkat bawah. Pada tahun 1957 murid perempuan berpindah ke bangunannya sendiri yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tangkak manakala sekolah ini dikenali sebagai Sekolah (L) Bandar Tangkak. Pada tahun 1990 mendapat bangunan tambahan 3 tingkat. Mulai 1 Februari 1995 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, menerima bangunan tambahan 4 tingkat pada 25 Mac 2003.
Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak
Alamat Sekolah : JKR 767 Jalan Payamas 84900 Tangkak Ledang Johor
Kod Sekolah : JBA 5008
Tel & Fax : 06 9788497
Email : srit_ledang@yahoo.com
Laman Web : http://srit.0fees.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan